Klinik AktifOtak - Never Lose Hope

LATARBELAKANG
AktifOtak ditubuhkan pada 2014 bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran anak-anak berdasarkan konsep Neuroscience. Cabang ilmu “NEUROSCIENCE” telah lama dikaji oleh saintis barat tetapi masih kurang pendedahan di Malaysia. Konsep ini menekankan perkembangan otak iaitu punca sebenar kepada kecemerlangan individu. Klik untuk ke website AktifOtak
Setelah sekian lama di dalam bidang neuroscience dan pengalaman sendiri selama 20 tahun memulihkan anak istimewa, kami terpanggil untuk berkongsi dan menaiktaraf kaedah-kaedah ini khas untuk anak2 istimewa. Secara tidak langsung kita memberi peluang untuk anak-anak istimewa menjadi normal. Atas kesedaran inilah maka tertubuhnya KLINIK AKTIFOTAK.


KLINIK AKTIFOTAK

‘NEVER LOSE HOPE’ inilah motto kami. Kolaborasi bersama YJN (Yayasan Jabal Nur) dalam program pembangunan minda, kami mula beroperasi pada 28 Februari 2017 berlokasi di Yayasan Jabal Nur sendiri. Klik untuk ke website Yayasan Jabal Nur
Klinik AktifOtak menjalankan AktifTerapi iaitu rawatan alternatif khusus untuk anak anak istimewa seperti autism, cerebral palsy, hydrocephalus, down syndrome, epilepsy dan sebagainya. Selain itu AktifTerapi juga boleh disarankan kepada anak anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti kurang fokus, tidak minat belajar, kurang keyakinan diri dan pelbagai isu lain.

Berkonsepkan “Empower, Practical and Repetition” (EPR) iaitu:
1. Empower – memberi latihan personal kepada penjaga untuk menjalankan kaedah AktifTerapi
2. Practical – Penjaga akan membuat kaedah AktifTerapi di rumah
3. Repetition – Penjaga disarankan untuk sentiasa istiqamah dalam menjalankan kaedah AktifTerapi.
Secara tidak langsung Kaedah EPR ini akan mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara ibubapa/penjaga dan anak anak mereka seterusnya membuahkan hasil yang memberangsangkan dari segi ransangan dan perkembangan otak.

Otak yang cerdas akan terhasil sekiranya anak tersebut berada di dalam keadaan yang selamat, persekitaran yang positif dan sentiasa disentuh. Menurut kajian dari Pakar Psiktari yang sangat terkenal dari Amerika iaitu Dr Daneil Amen.Beliau mempunyai 83000 Brain Scan dari 93 buah negara mendapati bahawa segala penyakit manusia dari sekecil-kecilnya hingga sebesar2nya mempunyai pola-pola yang sama pada otak mereka.Kita hanya perlu membetulkan otak tersebut berdasarkan penyakit yang dihadapi secara individu. Jika masalah tersebut diatasi, makan individu itu akan kembali kepada normal.